Selasa, 15 Jun 2010

Mini Jamboree FRIM : Green Cycle II



Posting ini lambat kerana blogger cuti-cuti mengelilinggi Semenanjung Malaysia. Para blogger simpanan juga tidak dapat memainkan peranan kerana kesibukan masing-masing. Mini Jamboree FRIM telah berlangsung pada 06 Jun 2010 yang lalu di hutan FRIM, Kepong. DRCT telah mendaftarkan 11 riders untuk Jamboree ini. Uteq Al-Jenggo selaku rider tersohor tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa menjadi nelayan di Laut China Selatan selama beberapa hari. Khabarnya beliau telah pulang dengan hasil yang lumayan cukup untuk mem"upgrade"kan EPICnya. Sementara itu dua orang riders lagi tidak dapat membuat kayuahn kerana gagal ujian kecergasan iaitu Joe Jamis dan Dil Rockhopper. Menurut rumors internet, mereka telah dipaksa dan didera di padang golf sehari sebelum kayuhan. Akhirnya DRCT turun menggegarkan bumi FRIM dengan lapan orang hulubalang yang diketuai oleh rider pilihan Tuan Nata Nevada, diikuti rider remaja yang sedang meningkat naik iaitu Tuan Ezral Nevada, Tuan President Sham Suncrest pula turun sebagai pilihan ketiga diikuti oleh Azemi Polygunners, Jimie Tahoe, Wizmar Merida Ridhuan Nevada dan Azman GT. Sahabat DRCT yang turut berkayuh ialah Tuan Mat Scott dan Azmi Merida dari Team TNB dan Tuan Farhan (yang pernah berkayuh dengan DRCT).

Pada asalnya laluan yang sepatutnya ialah melalui Helipad tetapi diberitakan ada pokok tumbang di sana menyebabkan tiada kayuahn di Helipad. Seramai 370 orang telah mendaftarkan diri untuk mini Jamboree ini. Jarak sebenar kayuhan ialah 26km dan jarak asal ialah 30km. Hanya 200 riders pertama yang menamatkan kayuhan di berikan medal.

Team DRCT telah bertolak ke Kepong seawal 6.50 pagi. Kayuhan telah dimulakan pda jam 8.00. Cuaca sejuk dan nyaman di FRIM tetapi tidak hujan memudahkan lagi kayuhan. Trek yang dihidangkan boleh dikatakan agak teknikal dengan puncak tertinggi ialah Bukit Syabas dan Steroid Hill. Ada beberapa single yang menguji minda dan kesabaran riders seperti Pacat Trail dan Dream trail tetapi single yang paling mengembirakan team DRCT pastinya Aromatheraphy Trail sebelum memecut di 1km terakhir. Bagi downhill pula antara yang mencabar ialah Steroid Hill dan bebrapa downhill lagi yang sudah lupa namanya. Downhill paling best ialah sebelum ke Aromatherapy Trail dengan kelajuan melebihi 50km sejam tanpa kayuhan.

Di sepanjang kayuhan berlaku beberapa kemalangan kecil dan yang paling teruk ialah seorang rider jatuh cedera di dagu, lutut dan patah 3 batang gigi hadapan. Rider ini antara pendahulu awal dan diberikan hamper sebagai hadiah dan sokongan moral kepada beliau. Ada juga rider DRCT yang jatuh dan lebam-lebam.

Sebelum Jamboree bermula sudah ada desas-desus supaya Team DRCT bersungguh-sungguh membuat kayuhan. Pada masa latihan, para riders DRCT juga tekun membaiki catatan masa. Khabarnya ada rider yang complete check point 2 (pecutan) 2 minit lebih awal dari rider seterusnya pada masa latihan di trek biasa. Ianya telah meningkatkan keyakinan para riders. Secara teori adalah possible Team DRCT memecahkan top-50 pada kali ini.

Sebaik riders dilepaskan oleh Ketua Pengarah FRIM. Para riders membuat kayuhan mengikut rentak masing-masing. Ada yang terus memecut, ada yang santai, dan ada juga yang mencorak strategi masing-maisng.

Semua riders dapat dapat menamatkan kayuhan dan menerima medal. Riders terbaik DRCT kali ini ialah Tuan Sham President di tempat ke 46 dari 370 riders. Nampaknya team DRCT telah berjaya menempatkan diri antara kelab MTB yang berwibawa di Malaysia teruatamanya di Lembah Klang. Rider lain Tuan Ezral 81, diikuti Trio Jimi 113, Nata 114 dan Azemi 115. Blogger bermula baik menghuni 30 riders teratas tetapi kegagalan gear berfungsi (tidak dapat menukar gear) mengakibatkan berduyun-duyun riders memotong beliau. Semasa kejadian blogger sedang mengikuti Tuan Farhan. Cuba lagi di Jamboree akan datang. Sahabat DRCT Tuan Farhan di temapt 32 dan Mat ke 52. Wizwar di tempat 150 dan Ridhuan 162 dan kemudian diikuti oleh Tuan Azman.

Syabas semua riders DRCT !!


Jamboree ini lebih meriah dengan kehadiran penyanyi Hi!Hi!Bye!Bye, Ezlin. Beliau bukan calang-calang rider yang dapat menamatkan kayuhan dalam masa 2 jam 35 minit dan mendapat tempat ke -3 wanita. Gambar di atas beliau menang lucky draw.



Terima kasih kepada para photographer Tuan Azman, Tuan fadil, Tuan suhaimi dan Tuan Ezral. Gambar dicilok dari tuan-tuan. Layan banyak lagi gambar di facebook mereka.
Next Event - Putra Jaya Challenge - July 2010.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan