Geng baju kuning bergaya dengan jersey baru tajaan SRAM dan FUJI. Dari kiri Ezral, Nata, Wizmar, Azemi, Sham dan Suhaimi. Ini antara kayuhan-kayuhan terakhir Ezral kerana bakal meninggalkan DRCT. Beliau mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Negeri Di Bawah Bayu kurang lebih 3 minggu lagi. Mungkin beliau boleh menubuhkan cawangan DRCT Sabah selepas ini.
The rest of the night riders. Dari kiri belakang Pian, Fauzi, Awie, Din,Raja,Asri, Azemi.
Duduk - Sham,Yusri, Aizal, Halim, Jaafar, Wizmar.
Depan - Ezral, Nata dan Suhaimi.
Jurukamera - Helmi.
Geng belum ada jersey. Jangan bimbang esok jersey siap untuk tuan-tuan.
Tuan Aizal dari 1/4J. Akhirnya dapat juga menyertai kayuhan selepas 3 bulan lebih diajak menyertai kayuhan. Dikenali dari blog 1/4J walaupun tinggal berdekatan dengan geng DRCT. Akhirnya dapat juga bersua muka. Salam ukhwah.
Lagi-lagi geng baju kuning ini. Saja nak promote jersey. Sesiapa yang belum ada jersey boleh buat tempahan dengan Tuan Sham Uteq atau Tuan Ezral.
Tuan Nata bakal mendapatkan sponsor dari Al-Jabbar Group untuk DRCT selepas ini jika gambar ini terkenal di internet.
Kayuhan malam ini mencipta sejarah bukan sajaha sebagai kayuhan paling ramai tetapi juga sebuah AJK telah ditubuhkan untuk menerajui DRCT dan mendaftarkan DRCT secara rasmi di ROS. Nantikan barisan kepimpinan DRCT dalam posting yang akan datang. Selamat berkayuh untuk kesihatan. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan