Sabtu, 19 Jun 2010

AJK Penaja DRCT

President - Tuan Sham 46
Timbalan Presiden - Tuan Suhaimi
Setiausaha - Tuan Yusri
Bendahari - Tuan Fadil
Penasihat Teknikal - Tuan Sham Uteq
Penasihat IT - Tuan Awie

Syabas! atas lantikan tuan-tuan. Moga DRCT terus maju.

Khamis, 17 Jun 2010

Selasa, 15 Jun 2010

Mini Jamboree FRIM : Green Cycle II



Posting ini lambat kerana blogger cuti-cuti mengelilinggi Semenanjung Malaysia. Para blogger simpanan juga tidak dapat memainkan peranan kerana kesibukan masing-masing. Mini Jamboree FRIM telah berlangsung pada 06 Jun 2010 yang lalu di hutan FRIM, Kepong. DRCT telah mendaftarkan 11 riders untuk Jamboree ini. Uteq Al-Jenggo selaku rider tersohor tidak dapat menghadirkan diri kerana terpaksa menjadi nelayan di Laut China Selatan selama beberapa hari. Khabarnya beliau telah pulang dengan hasil yang lumayan cukup untuk mem"upgrade"kan EPICnya. Sementara itu dua orang riders lagi tidak dapat membuat kayuahn kerana gagal ujian kecergasan iaitu Joe Jamis dan Dil Rockhopper. Menurut rumors internet, mereka telah dipaksa dan didera di padang golf sehari sebelum kayuhan. Akhirnya DRCT turun menggegarkan bumi FRIM dengan lapan orang hulubalang yang diketuai oleh rider pilihan Tuan Nata Nevada, diikuti rider remaja yang sedang meningkat naik iaitu Tuan Ezral Nevada, Tuan President Sham Suncrest pula turun sebagai pilihan ketiga diikuti oleh Azemi Polygunners, Jimie Tahoe, Wizmar Merida Ridhuan Nevada dan Azman GT. Sahabat DRCT yang turut berkayuh ialah Tuan Mat Scott dan Azmi Merida dari Team TNB dan Tuan Farhan (yang pernah berkayuh dengan DRCT).

Pada asalnya laluan yang sepatutnya ialah melalui Helipad tetapi diberitakan ada pokok tumbang di sana menyebabkan tiada kayuahn di Helipad. Seramai 370 orang telah mendaftarkan diri untuk mini Jamboree ini. Jarak sebenar kayuhan ialah 26km dan jarak asal ialah 30km. Hanya 200 riders pertama yang menamatkan kayuhan di berikan medal.

Team DRCT telah bertolak ke Kepong seawal 6.50 pagi. Kayuhan telah dimulakan pda jam 8.00. Cuaca sejuk dan nyaman di FRIM tetapi tidak hujan memudahkan lagi kayuhan. Trek yang dihidangkan boleh dikatakan agak teknikal dengan puncak tertinggi ialah Bukit Syabas dan Steroid Hill. Ada beberapa single yang menguji minda dan kesabaran riders seperti Pacat Trail dan Dream trail tetapi single yang paling mengembirakan team DRCT pastinya Aromatheraphy Trail sebelum memecut di 1km terakhir. Bagi downhill pula antara yang mencabar ialah Steroid Hill dan bebrapa downhill lagi yang sudah lupa namanya. Downhill paling best ialah sebelum ke Aromatherapy Trail dengan kelajuan melebihi 50km sejam tanpa kayuhan.

Di sepanjang kayuhan berlaku beberapa kemalangan kecil dan yang paling teruk ialah seorang rider jatuh cedera di dagu, lutut dan patah 3 batang gigi hadapan. Rider ini antara pendahulu awal dan diberikan hamper sebagai hadiah dan sokongan moral kepada beliau. Ada juga rider DRCT yang jatuh dan lebam-lebam.

Sebelum Jamboree bermula sudah ada desas-desus supaya Team DRCT bersungguh-sungguh membuat kayuhan. Pada masa latihan, para riders DRCT juga tekun membaiki catatan masa. Khabarnya ada rider yang complete check point 2 (pecutan) 2 minit lebih awal dari rider seterusnya pada masa latihan di trek biasa. Ianya telah meningkatkan keyakinan para riders. Secara teori adalah possible Team DRCT memecahkan top-50 pada kali ini.

Sebaik riders dilepaskan oleh Ketua Pengarah FRIM. Para riders membuat kayuhan mengikut rentak masing-masing. Ada yang terus memecut, ada yang santai, dan ada juga yang mencorak strategi masing-maisng.

Semua riders dapat dapat menamatkan kayuhan dan menerima medal. Riders terbaik DRCT kali ini ialah Tuan Sham President di tempat ke 46 dari 370 riders. Nampaknya team DRCT telah berjaya menempatkan diri antara kelab MTB yang berwibawa di Malaysia teruatamanya di Lembah Klang. Rider lain Tuan Ezral 81, diikuti Trio Jimi 113, Nata 114 dan Azemi 115. Blogger bermula baik menghuni 30 riders teratas tetapi kegagalan gear berfungsi (tidak dapat menukar gear) mengakibatkan berduyun-duyun riders memotong beliau. Semasa kejadian blogger sedang mengikuti Tuan Farhan. Cuba lagi di Jamboree akan datang. Sahabat DRCT Tuan Farhan di temapt 32 dan Mat ke 52. Wizwar di tempat 150 dan Ridhuan 162 dan kemudian diikuti oleh Tuan Azman.

Syabas semua riders DRCT !!


Jamboree ini lebih meriah dengan kehadiran penyanyi Hi!Hi!Bye!Bye, Ezlin. Beliau bukan calang-calang rider yang dapat menamatkan kayuhan dalam masa 2 jam 35 minit dan mendapat tempat ke -3 wanita. Gambar di atas beliau menang lucky draw.



Terima kasih kepada para photographer Tuan Azman, Tuan fadil, Tuan suhaimi dan Tuan Ezral. Gambar dicilok dari tuan-tuan. Layan banyak lagi gambar di facebook mereka.
Next Event - Putra Jaya Challenge - July 2010.

Khamis, 3 Jun 2010

Kayuhan Stadium Kajang

Rabu 02 Jun 2010 menjadi satu lagi sejarah dalam riwayat singkat DRCT. 17 riders bergabung basikal dan tenaga untuk menjayakan Kayuhan stadium Kajang. Seperti biasa bermula di roundabout Prima Saujana para riders menyelusuri Jalan Prima Saujana ke Jenaris Dua, Puncak Saujana, Kantan Permai dan keluar ke Twin Palms dan Terowong The SILK. Jarak 3km ini dijadikan sebagai warm-up sebelum mula mendaki sepanjang 7km selepas terowong. Pendakian yang dulunya agak perit kini diharungi dengan santai oleh geng-geng berbaju kuning.
Geng baju kuning bergaya dengan jersey baru tajaan SRAM dan FUJI. Dari kiri Ezral, Nata, Wizmar, Azemi, Sham dan Suhaimi. Ini antara kayuhan-kayuhan terakhir Ezral kerana bakal meninggalkan DRCT. Beliau mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di Negeri Di Bawah Bayu kurang lebih 3 minggu lagi. Mungkin beliau boleh menubuhkan cawangan DRCT Sabah selepas ini.

The rest of the night riders. Dari kiri belakang Pian, Fauzi, Awie, Din,Raja,Asri, Azemi.
Duduk - Sham,Yusri, Aizal, Halim, Jaafar, Wizmar.
Depan - Ezral, Nata dan Suhaimi.
Jurukamera - Helmi.
Geng belum ada jersey. Jangan bimbang esok jersey siap untuk tuan-tuan. 
Tuan Aizal dari 1/4J. Akhirnya dapat juga menyertai kayuhan selepas 3 bulan lebih diajak menyertai kayuhan. Dikenali dari blog 1/4J walaupun tinggal berdekatan dengan geng DRCT. Akhirnya dapat juga bersua muka. Salam ukhwah.
Lagi-lagi geng baju kuning ini. Saja nak promote jersey. Sesiapa yang belum ada jersey boleh buat tempahan dengan Tuan Sham Uteq atau Tuan Ezral. 
Tuan Nata bakal mendapatkan sponsor dari Al-Jabbar Group untuk DRCT selepas ini jika gambar ini terkenal di internet.
Kayuhan malam ini mencipta sejarah bukan sajaha sebagai kayuhan paling ramai tetapi juga sebuah AJK telah ditubuhkan untuk menerajui DRCT dan mendaftarkan DRCT secara rasmi di ROS. Nantikan barisan kepimpinan DRCT dalam posting yang akan datang. Selamat berkayuh untuk kesihatan. Wassalam.

Rabu, 2 Jun 2010

JELAJAH PRE JAMBOREE - FRIM (22/5/2010)


Gambar dari kiri : Shairul, Mat, Azemi, Nata, Fadil, Azmi dan Sham.
Jurukamera : Jimmie
Tiada dalam gambar : Uteq & Ezral

Selepas subuh pada hari Sabtu 22/5/2010, geng2 DRCT iaitu Shairul, Sham, MdNates, Fadil, Azemi, Jimmie, Uteq dan Ezral disertai juga oleh team TNB Mat & Azmi telah siap sedia menakluki hutan FRIM di Kepong. Hujan yang turun pada pagi tersebut tidak langsung melemahkan semangat geng2 DRCT merempuh hutan, denai2, lumpur, bukit dan pacat dalam hutan yang sangat indah itu. Kami memulakan kayuhan dari dari FRIM. Alhamdulillah semuanya selamat walaupun berlaku kemalangan kecil.

Paling kanan Uteq dan paling kiri Ezral bersama team dari Shah Alam. Mereka membuat kayuhan di FRIM pada masa dan tarikh yang sama tetapi bermula dari Sg. Buloh. 

Kayuhan Hujan Tropika Dalam Hujan