Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Putrajaya. Papar semua catatan

Isnin, 9 Ogos 2010

DRCT at Putrajaya Speed Challenge


DRCT menghantar dua trio ke PCP pada 31 Julai 2010. Trio "KC" terdiri dari Suhaimi, Pojie dan Sham.


Trio power dianggotai oleh Uda, Abg. Musa dan Asri.

Trek untuk PCP tidaklah panjang, cuma kurang lebih 8km tetapi treknya teknikal dan mencabar fizikal, minda, basikal dan persaan.



Setiap trio dibahagikan sebagai rider A, B dan C. Rider A perlu menamatkan kayuhan terlbih dahulu kemudian diikuti rider B dan C. Jumlah masa keseluruhan akan dikira sebagai masa trio.


Ready to rumble.

A pergi dulu, B dan C menunggu.


Uda baru sebulan mengenal MTB, tetapi dapat bersaing dengan rider lebih berpengalaman dan menamatkan saingan A di tangga ke 7. Syabas dari DRCT!


B to go.


B. Baik punya!




Farhan ride untuk trio lain.


Pakar pecut datang memberi sokongan.


Some actions caught by Cycling Asia.


Cam kayuh santai je.


Technical rider sedang melayan technical downhill.

Tahniah kepada 2 trio DRCT. Walaupun tidak dapat dapat masuk top ten. Ride ini menambah pengalaman DRCT. Syabas!

Ahad, 18 Julai 2010

Putrajaya Promenade Inter Parks Ride

Mulanya kami tidak beria sangat untuk menyertai kayuhan santai 16.8km ini. Tapi kira-kira 7.10 pagi Tuan Suhaimi menelefon bertanya sama ada mahu ikut serta. Aku pantas mengatakan setuju. Lima minit kemudian kami berlima Uteq, Sham, Poji, Suhaimi dan Azemi betolak dengan 5 kereta ke Precint 2, Putrajaya untuk kayuhan ini berbekalkan sebiji roti seorang. Di sana sarapan disediakan utuk para peserta. Enak dan mengenyangkan.
Sampai di destinasi. Bersiap untuk kayuhan.

Berkayuh ke tempat permulaan . Bangunan apa macam roket tu? 
Itulah Monumen Alaf Baru.  
Tempat Pendaftaran.
Ride Banner.
Pemandangan yang indah di tepi tasik dan udara yang nyaman. Keseluruhan kayuhan bertumpu di tepi tasik.
Bersedia untuk bermula.
Kayuhan bermula jam 8.30 pagi.
Kurang lebih 300 rider sertai kayuhan santai ini.

Santai dan nyaman hirup udara pagi.
Cantik dan indah.
Berbagai basikal masuk kayuhan ini termasuk dua basikal ala-ala go kart ni.
Marshal pun ada, tapi tak ada "feel" sebab mana ada kenderaan lain lalu lintas dalam taman. Cuma bila pergi taman lain saja, marshall jaga traffic lights.
Parking basikal pun ada di sini. Bicycle friendly.
The team.
Berjumpa beebrapa rakan MTB baru hari ini - Bro Sufian dari ATOKMTB
Bro Arash dari PUJMAC
Geng Rotor-X dari kelang.
Garis penamat.

Sabtu, 10 Julai 2010

Kajang - Putrajaya - Kajang


Sudah berbulan-bulan DRCT ingin berkayuh ke Putrajaya. Ke Putrajaya bukan di Putrajaya. Lain maknanya itu. Akhirnya hasrat itu tercapai juga malam tadi (09 Julai 2010). Hasrat itu hampir terbantut bila hujan masih renyai pada pukul 8.45 malam. Sorang dua geng DRCT menarik diri kerana takutkan air. Waktu pelepasan tertunda ke 9.30 malam kerana hujan dan menanti dua orang sahabat dari Shah Alam iatu Mad dan membernya. Kami berlepas ke Putrajaya seramai 11 orang dalam renyai hujan. Pada petangnya ada dua planning untuk ke sana, satu team diketuai Tuan Poji ingin berkayuh dari Masjid Putra manakala team Tuan Suhaimi berkayuh dari port biasa di round about.

Route Prima Saujana - Grand SAGA - SILK - SVK - Pintu 2 Putrajaya - Masjid Putra - Jambatan Putra - MOF - POJ - ke Precint 14 - Makan di Mamak depan Mydin Precint 14 (Diplomatik) - Keluar ke Pintu 1 melalui Sg. merab - Uniten - SILK - Pekan Kajang - Stadium - Sg. Kantan - Prima Saujana. Jarak 50km.

DRCT tiba di dataran Masjid Putra kurang lebih 11.30 malam. Banyak pit stop. Ambil gambar di masjid Putra dan Palace of Justice. Bertolak balik dari Precint 14 hampir 1 pagi dan tiba di Prima Saujana jam 2.00 pagi.

Perjalan smooth dan selamat cuma banyak kenderaan semasa perjalanan pergi. BMC Rider mengalami kekejangan otot dan Enduro rider terjatuh selepas bergesel dengan Tahoe.

Mission Accomplished!

DRCT's Green Jersey. Selepas berkayuh 30 kali atau 900km anda akan dianugerahkan jersi ini.
DRCT's Yellow Jersey. Selepas 5 kayuhan atau 200km anda akan dianugerahkan jersi ini.
Hijau atau kuning. 1Kayuhan, 1DRCT.
Mixed Jersey.. Mileage belum cukup kot..

 
Racing time..


Semasa menghampiri stadium Kajang. Sebuah kereta menghampiri kami dengan sebuah basikal di atasnya. Pemandunya tersenyum lebar. Itulah Tuan Poji yang mengetuai kayuhan di Putrajaya. Kami kayuh ke Putrajaya. Hebat jugalah dapat menamatkan kayuhan sama dengan kereta. Dahsyat!!
Bloggered by Polygunners.