Rabu, 2 Februari 2011

LOGO DRCT


Logo DRCT pada mulanya direka oleh saudara Uteq. Kemudian sedikit penambahbaikan telah dibuat atas pandangan ahli-ahli yang lain.
Keterangan logo:
Menggambarkan seorang penunggang basikal yang cekal, berani, sabar dan bersemangat waja dalam menempuhi ranjau dan onak duri kehidupan bagi mencapai kemuliaan hidup didunia dan akhirat. Basikal yang meluncur ke hadapan dengan roda tegak ke atas menggambarkan keinginan ahli kelab untuk maju kehadapan dan senantiasa berfikiran positif dalam apa jua halangan dan cabaran yang dihadapi.
WARNA LOGO :
Warna Merah
Melambangkan keberanian dalam hal menyampaikan dan mempertahankan kebenaran sesuai dengan lingkupnya.

Warna Hijau
Berpegang pada prinsip bahawa keindahan & kebersihan alam sekitar perlu dihargai oleh setiap makhluk.
Warna hitam
Melambangkan dominasi, kegagahan, kelincahan dalam menjalankan aktivit dan tidak mudah dipegaruhi oleh anasir-anasir yang merosakkan.
Warna hitam
Melambangkan dominasi, kegagahan, kelincahan dalam menjalankan aktivit dan tidak mudah dipegaruhi oleh anasir-anasir yang merosakkan.

1 ulasan: