Isnin, 19 Julai 2010

Muar - Pagoh Jamboree - 08 Ogos 2010

 


08 Ogos 2010
8.30 pagi
48km
Jamboree
Top ten finisher get monetory prizes.
Yuran - RM40.00

DRCT member yang berminat nak join sila bagi details kepada AJK.

Ahad, 18 Julai 2010

Putrajaya Promenade Inter Parks Ride

Mulanya kami tidak beria sangat untuk menyertai kayuhan santai 16.8km ini. Tapi kira-kira 7.10 pagi Tuan Suhaimi menelefon bertanya sama ada mahu ikut serta. Aku pantas mengatakan setuju. Lima minit kemudian kami berlima Uteq, Sham, Poji, Suhaimi dan Azemi betolak dengan 5 kereta ke Precint 2, Putrajaya untuk kayuhan ini berbekalkan sebiji roti seorang. Di sana sarapan disediakan utuk para peserta. Enak dan mengenyangkan.
Sampai di destinasi. Bersiap untuk kayuhan.

Berkayuh ke tempat permulaan . Bangunan apa macam roket tu? 
Itulah Monumen Alaf Baru.  
Tempat Pendaftaran.
Ride Banner.
Pemandangan yang indah di tepi tasik dan udara yang nyaman. Keseluruhan kayuhan bertumpu di tepi tasik.
Bersedia untuk bermula.
Kayuhan bermula jam 8.30 pagi.
Kurang lebih 300 rider sertai kayuhan santai ini.

Santai dan nyaman hirup udara pagi.
Cantik dan indah.
Berbagai basikal masuk kayuhan ini termasuk dua basikal ala-ala go kart ni.
Marshal pun ada, tapi tak ada "feel" sebab mana ada kenderaan lain lalu lintas dalam taman. Cuma bila pergi taman lain saja, marshall jaga traffic lights.
Parking basikal pun ada di sini. Bicycle friendly.
The team.
Berjumpa beebrapa rakan MTB baru hari ini - Bro Sufian dari ATOKMTB
Bro Arash dari PUJMAC
Geng Rotor-X dari kelang.
Garis penamat.

Jumaat, 16 Julai 2010

Gudang GIANT

Cuti sekolah, blogger ke Utara untuk memeriahkan anak menakan kahwin di sana. Beberapa kilometer sebelum destinasi ternampak bangunan ini. Ada tergantung banner tertulis "GIANT / WHEELER". Apa lagi blogger terus berhenti dan masuk ke bangunan ini. 

Dan di sini rupanya segala macam basikal GIANT dan WHEELER ditempatkan sebelum diedar ke seluruh Malaya. Di dini Main Distributornya.
Lepas ni Blogger boleh buka kedailah lah pula. Sesiapa minat nak beli boleh contact blogger hehe. Layan gambar basikal ni.

Berkenan dengan yang ini. Anthem X2. Full suspension. Harganya lebih sepuluh ribu.


Katalog. Anthem X1 - X3. Orang kuat Giant bagi satu kalau nak order lain kali.
Ni pulak All Terrain MTB. 160mm Bomber fork tu. Harga Dua puluh ribu lebih sahaja. hehe.

Ada rezeki, lain tahun boleh ler...hehe


Pilihan mampu milik.


For the time being i'm happy to be Polygunners.Adios!

Sabtu, 10 Julai 2010

Kajang - Putrajaya - Kajang


Sudah berbulan-bulan DRCT ingin berkayuh ke Putrajaya. Ke Putrajaya bukan di Putrajaya. Lain maknanya itu. Akhirnya hasrat itu tercapai juga malam tadi (09 Julai 2010). Hasrat itu hampir terbantut bila hujan masih renyai pada pukul 8.45 malam. Sorang dua geng DRCT menarik diri kerana takutkan air. Waktu pelepasan tertunda ke 9.30 malam kerana hujan dan menanti dua orang sahabat dari Shah Alam iatu Mad dan membernya. Kami berlepas ke Putrajaya seramai 11 orang dalam renyai hujan. Pada petangnya ada dua planning untuk ke sana, satu team diketuai Tuan Poji ingin berkayuh dari Masjid Putra manakala team Tuan Suhaimi berkayuh dari port biasa di round about.

Route Prima Saujana - Grand SAGA - SILK - SVK - Pintu 2 Putrajaya - Masjid Putra - Jambatan Putra - MOF - POJ - ke Precint 14 - Makan di Mamak depan Mydin Precint 14 (Diplomatik) - Keluar ke Pintu 1 melalui Sg. merab - Uniten - SILK - Pekan Kajang - Stadium - Sg. Kantan - Prima Saujana. Jarak 50km.

DRCT tiba di dataran Masjid Putra kurang lebih 11.30 malam. Banyak pit stop. Ambil gambar di masjid Putra dan Palace of Justice. Bertolak balik dari Precint 14 hampir 1 pagi dan tiba di Prima Saujana jam 2.00 pagi.

Perjalan smooth dan selamat cuma banyak kenderaan semasa perjalanan pergi. BMC Rider mengalami kekejangan otot dan Enduro rider terjatuh selepas bergesel dengan Tahoe.

Mission Accomplished!

DRCT's Green Jersey. Selepas berkayuh 30 kali atau 900km anda akan dianugerahkan jersi ini.
DRCT's Yellow Jersey. Selepas 5 kayuhan atau 200km anda akan dianugerahkan jersi ini.
Hijau atau kuning. 1Kayuhan, 1DRCT.
Mixed Jersey.. Mileage belum cukup kot..

 
Racing time..


Semasa menghampiri stadium Kajang. Sebuah kereta menghampiri kami dengan sebuah basikal di atasnya. Pemandunya tersenyum lebar. Itulah Tuan Poji yang mengetuai kayuhan di Putrajaya. Kami kayuh ke Putrajaya. Hebat jugalah dapat menamatkan kayuhan sama dengan kereta. Dahsyat!!
Bloggered by Polygunners.

Khamis, 8 Julai 2010

Orange Run


Apa sudah jadi dengan DRCT? Lebih 10 riders mendaftarkan diri untuk Orang Run 10 pada 25 Julai ini. Riders telah bertukar menjadi runners. Ini bermakna DRCT tidak turut serta dalam PCP Challenge. Mungkin sesetengah rider akan menjadikan larian ini sebagai latihan sebelum masuk Iron man atau Triathlon. Fuh! Dasat...


Sabtu, 3 Julai 2010

BERBASIKAL DAN KESIHATAN


SUMBER RUJUKAN : MAJALAH HARMONI (BIL 138)

AKTIVITI BERBASIKAL
Berbasikal adalah satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh apabila pil-pil diet dan latihan di gim tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain daripada itu ianya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.
Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari , dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya . Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.

FAEDAH KESIHATAN

1) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fu ngsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.
2) MERAWAT ARTRITIS
Berbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.
3) MEMPERBAIKI MOOD
Seperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.
4) MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL
Melibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.
5) MENGUATKAN TULANG
Berbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.

6) MEREHATKAN MINDA
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya kosentrasi individu.