Team MTB berpengkalan di Kajang, Selangor. Kami mengayuh untuk kesihatan dan silaturrahim. DRCT aktif menyertai Hash, Jamboree, Challenge dan weekly ride. Selamat berkayuh dan jumpa kawan baru.
Sabtu, 25 Disember 2010
Siaran Tertunda : Jamboree Kuala Linggi 12.12.2010
2010 hampir penghujung. 12.12 2010 tarikh cantik. Ada dua acara dalam perancangan pada tarikh yang sama. Kayuhan Kesihatan Putrjaya dan Jamboree Kuala Linggi. Akhirnya ke Linggi juga. Kalau dah MTB tu, mahu ke gunung juga, mahu ke bukit, mahu menolak basikal, mengusung dan krem..hehehe. Lumrah MTB berbeza dengan RB. Kayuhan KKP lebih sesuai dengan RB. Ada juga geng DRCT bagai kecewa tidak dapat ke KKP. Mohon maaf dari blogger.
Jamboree Kuala Linggi hampir 20 rider DRCT mendaftar. Paling ramai penyertaan DRCT hingga kini. Dan sebagai event season finale 2010 kali ini kita bawa keluarga. Family first! Kita menginap di Tiara Beach Resort PD. Maaf lagi dari blogger kerana bilik terhad. Hanya 8 bilik berjaya ditempah dengan harga istimewa. Musim cuti sekolah ni harga melambung tinggi. Tiara Beach sekarang dah berbeza, Water Park dah kena bayar. RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Bila dah organise, alih-alih blogger pulak tak boleh join. maaf lagi dari blogger. Berapa kali mahu maaf daa..
Bila dah tak join tu tak tahu lah nak cerita apa.... hehehe
Yang tahu Rider remaja - aiman no 50 dari 400++ rider dan Khaleel no 70 kot...
Layan ler gambar kat bawah ni yang dicilok dari photograper bertugas - Jimmy Tahoe. Ada juga gambar dicilok dari Pak Din Nordin.
Present and future of DRCT
Ketika para rider tolak MTB. Anak-anak bergumbira di Tiara Beach Resort. Harap-harap happylah.
DRCT Best Rider based on effort and determination for second consecutive time. Syabas Bro!
Lain lain gambar boleh tengok dekat FB.
Langgan:
Catatan (Atom)