Masihkah tuan-tuan member DRCT ingat bagaimana kita mula berkayuh? Kurang lebih setahun yang lalu.
President, Blogger dan Tuan Ipin. Pada masa ini team basikal ini pun belum ada nama. Ini adalah antara gambar terawal yang dirakam pada awal Mei 2009. Sudah setahun kita berkayuh rupanya. Masa itu Blogger baru join. Kayuhan pertama rasanya sekitar Januari atau Februari 2009. Siapa boleh bagi fakta sebenar?
Polygon President, Freelander Blogger dan Gomax Tuan Ipin. Polygon sudah bertukar milik, begitu juga Freelander sementara status Gomax menjadi misteri hingga kini.
Freelander lagi, Lerun Kuning lupa nama milik Tuan Jimi dan RB Tuan Syukor. Basikal Merah dan Kuning masih dimiliki oleh tuan asal.
Antara pengasas DRCT. Tuan Shuk, Tuan Sham, Tuan Fadil dan Tuan Suhaimi. Kayuhan yang agak jauh kali pertama melepasi Tol Kajang Selatan. Hanya dua dari lima rider yang memakai helmet. A thing of the past.
Lima basikal, hanya satu tiada tongkat. Basikal mahal lah tu. Freelander dan Legacy mencipta rekod bila menamatkan Cabaran Bukit Unggul pada Januari 2010. Pada ketika itu hanya ada dua basikal bertongkat daripada 45 riders. Satu kejayaan peribadi dan team. Syabas!
Semoga DRCT boleh bertahan lama dan semakin berkembang. Statistik yang dipegang oleh blogger menunjukkan lebih 35 orang riders pernah berkayuh bersama DRCT. Mungkin sudah sampai masanya DRCT didaftarkan secara rasmi. Apa pendapat tuan-taun. Sila tinggalkan pesanan / mesej tuan-tuan di ruangan komen.
Terima kasih dan selamat berkayuh.