Team MTB berpengkalan di Kajang, Selangor. Kami mengayuh untuk kesihatan dan silaturrahim. DRCT aktif menyertai Hash, Jamboree, Challenge dan weekly ride. Selamat berkayuh dan jumpa kawan baru.
Sabtu, 25 Disember 2010
Siaran Tertunda : Jamboree Kuala Linggi 12.12.2010
2010 hampir penghujung. 12.12 2010 tarikh cantik. Ada dua acara dalam perancangan pada tarikh yang sama. Kayuhan Kesihatan Putrjaya dan Jamboree Kuala Linggi. Akhirnya ke Linggi juga. Kalau dah MTB tu, mahu ke gunung juga, mahu ke bukit, mahu menolak basikal, mengusung dan krem..hehehe. Lumrah MTB berbeza dengan RB. Kayuhan KKP lebih sesuai dengan RB. Ada juga geng DRCT bagai kecewa tidak dapat ke KKP. Mohon maaf dari blogger.
Jamboree Kuala Linggi hampir 20 rider DRCT mendaftar. Paling ramai penyertaan DRCT hingga kini. Dan sebagai event season finale 2010 kali ini kita bawa keluarga. Family first! Kita menginap di Tiara Beach Resort PD. Maaf lagi dari blogger kerana bilik terhad. Hanya 8 bilik berjaya ditempah dengan harga istimewa. Musim cuti sekolah ni harga melambung tinggi. Tiara Beach sekarang dah berbeza, Water Park dah kena bayar. RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Bila dah organise, alih-alih blogger pulak tak boleh join. maaf lagi dari blogger. Berapa kali mahu maaf daa..
Bila dah tak join tu tak tahu lah nak cerita apa.... hehehe
Yang tahu Rider remaja - aiman no 50 dari 400++ rider dan Khaleel no 70 kot...
Layan ler gambar kat bawah ni yang dicilok dari photograper bertugas - Jimmy Tahoe. Ada juga gambar dicilok dari Pak Din Nordin.
Present and future of DRCT
Ketika para rider tolak MTB. Anak-anak bergumbira di Tiara Beach Resort. Harap-harap happylah.
DRCT Best Rider based on effort and determination for second consecutive time. Syabas Bro!
Lain lain gambar boleh tengok dekat FB.
Selasa, 23 November 2010
Jamboree Sepang - 21 Nov 2010
DRCT menghantar 12 wakil untuk Jamboree Sepang 2010. Untuk pertama kali 2 Srikandi di kirim ke Sepang bersama 2 Junior bawah 15 tahun dan 8 lagi Hulubalang Tegar.
Mana rider lain? Peloton dah lama start kitaorang baru sampai. Melepas le top ten.
Rider paling gigih Jamboree ini. Dapat anugerah khas juri... Hadiah Ayam KFC. Patut ler, jersi pun FOX..
Best Buddy tu... Upline dan Downline nya yang paling mantop...
Adik-adik dilarang meniru aksi ini...
Hijau mata memandang...
Tak tahu nak tulis apa sebab blogger pun tak kayuh sebab berada di luar kawasan. Dengarnya Aiman dapat No. 70 dari 500+ riders. Riders lain start setengah jam lewat kerana masalah logistik tapi masih dapat mengejar peloton dan menamatkan saingan di mid places. Syabas untuk DRCT riders!
Gambar di copy dari FB Tuan Suhaimi dan Khairul (member FB baru). TQ.
Jumaat, 5 November 2010
Kayuhan Persediaan Haji
18 Okt lalu Tuan Haji Rosli berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan Haji dan diikuti pula oleh Tuan Haji Reduan pada 23 Oktober. Kami mendoakan tuan-tuan haji dipermudahkan segala urusan di Tanah Suci dan mendapat haji yang Mabrur. InsyaAllah.Amin.
Kayuh-kayuh juga, akhirat jangan lupa.
Gambar di atas, mereka bersama kami. InsyaAllah kami akan ke Tanah Suci tahun depan dan tahun-tahun yang akan datang. Semoga dipermudahkan. Amin.
Isnin, 1 November 2010
Kayuhan-Kayuhan Malam Rabu
Setiap Rabu jam 9.15 malam riders DRCT akan bertebaran di sekitar SILK untuk memenuhi aktiviti kayuhan rutin.
Geng gedebe DRCT.
DRCT's Junior. Aiman and the Kruk Krek.
Pemuda harapan bangsa ni hehe..
The Pojie, bila mau turun balik da?
Tempat pertemuan - Round about prima Saujana.
Ada yang dapat jersi kuning.
Ada yang dapat jersi hijau.
Jom kayuh rabu ni. Jam 9.15 malam.
Isnin, 11 Oktober 2010
Next Kayuhan - Tour De SILK - 13.10.2010
Tarikh - 13 Okt 2010 (Rabu)
Masa - 9.15 malam. (Waiting time 20 minutes)
Route - SILK
Tempat Pertemuan - Round about Prima Saujana
Tahap kayuhan - Santai to Moderate (STM)
Helmet is mandatory. Lamp and blinkers are compulsory. Tools, pump and spare tube are necessary.
Jumpa tuan-tuan di sana.
Masa - 9.15 malam. (Waiting time 20 minutes)
Route - SILK
Tempat Pertemuan - Round about Prima Saujana
Tahap kayuhan - Santai to Moderate (STM)
Helmet is mandatory. Lamp and blinkers are compulsory. Tools, pump and spare tube are necessary.
Jumpa tuan-tuan di sana.
Khamis, 7 Oktober 2010
Kayuhan Akan Datang - Sabtu - 09.10.10
Kayuhan Akan Datang
09.10.2010
Sabtu
7.30 pagi - 11 pagi
Tempat Pertemuan - Depan Giant Prima Saujana, Kajang.
15km
Offroad
Trail Sg Long Trail 2
Tahap Trail - Moderate
Jumpa tuan-tuan di sana.
09.10.2010
Sabtu
7.30 pagi - 11 pagi
Tempat Pertemuan - Depan Giant Prima Saujana, Kajang.
15km
Offroad
Trail Sg Long Trail 2
Tahap Trail - Moderate
Jumpa tuan-tuan di sana.
Selasa, 5 Oktober 2010
Kayuhan Padang tembak Sg. Long - 03 Oktober 2010
Sekali turun offroad, setiap minggu mahu offroad. Itulah penangan giannya jika terjebak adalam arena MTB ni. Terjebak dengan MTB bukannya salah, sebab MTB ni aktiviti riadah yang bermanfaat. Minggu ni DRCT sekali lagi mengikut jejak Pakar Trail, Tuan Nasrul Hisham untuk meneroka Trek Padang Tembak - Sg. Long. Trek yang jarang dilalui ini menyediakan bukit-bukit yang boleh dikatakan ekstrem bagi rookies.
Kali ini DRCT menghantar President, Suhaimi, Fadil, Din dan Asri bagi melengkapkan rombongan 14 riders yang memecahkan kesyuian bagi di belantara Sg. Long. Antara rider yang turut hadir ialah Bro Shahrul dengan wisel ajaibnya, Arue Orbea dan Sahimin. Yang lain blogger tak kenal sebab blogger pun tak ride kali ni kerana terlalu banayk makan kambing malam sebelumnya..hehehe..
Oleh kerana tak ride jadi nak cerita banyak pun tak boleh. Baclah yang tersirat dari gambar yang dipaparkan ini. Layan.
Gambar dicilok di FB Tuan Suhaimi. Next Kayuh 09.10.2010. Repeat Sg. Long Trail 2. 7.30 pagi.
Isnin, 4 Oktober 2010
Kayuhan Sg. Long Trail 2 - 26 Sep 2010
Selepas sebulan off season di bulan Ramadhan yang mulia dan selepas sakan berhari raya. DRCT kembali aktif dengan aktiviti offroad. 9 riders DRCT dan penjejak trail terhebat di Kajang, Tuan Nasrul Hisyam dan 9 kawan lain menjadikan 19 riders tegar menjejak trail 2 Sg. Long.
Trail yang dijejak agak pendek tetepai menghidangkan 2 buah bukit ala-ala Jamboree Pagoh, mencacak hampir 45 darjah dan juga downhill yang mantop. Ride kali ini hampir semua rider jatuh terutama rookies yang bertkar dari RB ke MTB. Welcome to MTB geng!
First pit stop.
MTB.
Second pit stop dan layan nasi lemak dan mee goreng sponsored by tuan Uda sebelum belayor ke KK.
Riders dari Semenyih dan Saujana Impian.
Layan Mee Goreng.
Bila sampai di sini segala kepayahan dan penderitaan hilang.. Nice View from the top.
Downhill all the way o this place. Ambil gambar lagi.
River Crossing.
Seksaan terakhir...hehe
Kayuhan yang amat berbaloi dengan trail yang mencabar. Uphill yang menguji minda, Downhill yang mengujakan, technical single trail yang mengasah skil, river crossing, pemandangan indah dan udara yang nyaman. Semuanya ada dalam ride ini. Terima kasih Tuan Nasrul Hisham sebagai penunjuk arah, Tuan MKA dan Tuan Arue sebagai Sweeper dan rakan-rakan rider yang lain. Jumpa lagi di ride yang lain. Foto dicilok dari FB Tuan Uda.
Langgan:
Catatan (Atom)